Cara Pakai Shawl Labuh Tutup Dada & Belakang
Assalamu'alaikum Wrmbth, Banyak sungguh fesyen terbaru sekarang ni. Umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Selendang labuh juga tidak terkecuali, walaupun macam macam koleksi sudah ada di pasaran.. Sama sama kita pilih yang labuh menutup aurat.
Hari ini kita nak kongsikan tutorial mudah untuk cara memakai selendang labuh.
Ada dua versi
- Shawl labuh dengan awning
- Dan selendang panjang atau bidang besar tanpa awning
Sama sama kita belajar cara melilit yang betul ya, supaya kemas dan anggun
Ok, kita mulakan dengan tutorial shawl labuh berawning
Tips Memakai Selendang Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna
- Apabila memakai selendang, pemakainya mestilah berasa selesa atau bebas dan tidak terikat kerana terlalu ketat
- Pastikan semasa memakai shawl, lapisan dalam hendaklah menutupi paras dada kerana apabila sudah selesai memakainya, is tidak kelihatan jarang kerana berkeadaan dua lapis
Tutorial Menggayakan Selendang Panjang Awning
- 1. Pastikan saiz selendang selesa dan labuh menutupi paras dada
- 2. Lepaskan bahagian belakang selendang
- 3. Pinkan bahagian A menutupi dada
- 4. Bawa bahagian B ke atas kepala
- 5. Pinkan selendang mengikut keselesaan masing masing
- 6. Kemaskan supaya tersusun rapi
- 7. Bahagian B di gayakan di atas kawasan awning yang keras, Shawl nampak tetap dan kemas
- 8. Pinkan di bahagian awning selendang labuh
- 9. Gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan dan depakan tangan ke atas dan ke bawah untuk memastikan keselesaan berpanjangan
- 10. Pinkan ke bahagian bahu. Gunakan kerongsang yang lebih besar untuk menetapkan kedudukan selendang labuh
Siap sudah pemakaian selendang berawning.
Macam mana? Senang saja kan. Perlukan latihan, awal awal mungkin kekok
Berikan sedikit masa dan insyaallah akan mahir dengan segera.
Ok, tutorial kedua, selendang tanpa awning.
Ada perbezaan ke pada cara memakainya?
Memang ada tapi tak banyaklah.
Tutorial Shawl Labuh Tanpa Awning
- 1. Keselesaan masih menjadi keutamaan kepada pemakai. Pilih saiz selendang yang sesuai dengan ketinggian sehingga labuh melindungi paras dada
- 2. Lepaskan bahagian belakang shawl
- 3. Pinkan bahagian A sehingga menutupi dada
- 4. Bawa bahagian B ke atas kepala
- 5. Kemaskan dan dan pinkan mengikut keselesaan masing masing
- 6. Longgarkan bahagian C. Tarik bahagian C ke belakang hingga kemas. Pinkan serkup dalam selendang
- 7. Gunakan kerongsang yang lebih besar untuk menetapkan kedudukan shawl
- 9. Kemasan terakhir, pinkan dan kemaskan bahagian selendang yang berkumpul di bahu kanan dan kiri
Ok, gambar di bawah ni ulang kaji pakai selendang berbeza.
Tamat sudah tutorial yang mudah ini, yang bestnya boleh gantikan dengan fesyen selendang berbeza dengan cara pakai yang sama.
Selamat mencuba. Sekiranya tuan puan berminat menempah dan membeli selendang labuh dan tudung berkualiti
SMS WHATSAPP Mazni di 0192653791