Wednesday 30 March 2016

Cara Pakai Shawl Labuh Tutup Dada & Belakang

Cara Pakai Shawl Labuh Tutup Dada & Belakang

Assalamu'alaikum Wrmbth, Banyak sungguh fesyen terbaru sekarang ni. Umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan.



Selendang labuh juga tidak terkecuali, walaupun macam macam koleksi sudah ada di pasaran.. Sama sama kita pilih yang labuh menutup aurat.



Hari ini kita nak kongsikan tutorial mudah untuk cara memakai selendang labuh.



Ada dua versi

  1. Shawl labuh dengan awning
  2. Dan selendang panjang atau bidang besar tanpa awning
Sama sama kita belajar cara melilit yang betul ya, supaya kemas dan anggun



Ok, kita mulakan dengan tutorial shawl labuh berawning


tutorial memakai selendang labuh cantik

Tips Memakai Selendang Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna

  1. Apabila memakai selendang, pemakainya mestilah berasa selesa atau bebas dan tidak terikat kerana terlalu ketat
  2. Pastikan semasa memakai shawl, lapisan dalam hendaklah menutupi paras dada kerana apabila sudah selesai memakainya, is tidak kelihatan jarang kerana berkeadaan dua lapis

Tutorial Menggayakan Selendang Panjang Awning


  • 1. Pastikan saiz selendang selesa dan labuh menutupi paras dada
  • 2. Lepaskan bahagian belakang selendang
  • 3. Pinkan bahagian A menutupi dada


  • 4. Bawa bahagian B ke atas kepala
  • 5. Pinkan selendang mengikut keselesaan masing masing
  • 6. Kemaskan  supaya tersusun rapi
  • 7. Bahagian B di gayakan di atas kawasan awning yang keras, Shawl nampak tetap dan kemas

langkah demi langkah pakai selendang

  • 8. Pinkan di bahagian awning selendang labuh
  • 9. Gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan dan depakan tangan ke atas dan ke bawah untuk memastikan keselesaan berpanjangan
  • 10. Pinkan ke bahagian bahu. Gunakan kerongsang yang lebih besar untuk menetapkan kedudukan selendang labuh

shawl labuh chiffon kaktus
Siap sudah pemakaian selendang berawning.

Macam mana? Senang saja kan. Perlukan latihan, awal awal mungkin kekok

Berikan sedikit masa dan insyaallah akan mahir dengan segera.

Ok, tutorial kedua, selendang tanpa awning. 

Ada perbezaan ke pada cara memakainya?

Memang ada tapi tak banyaklah.


Tutorial Shawl Labuh Tanpa Awning


  • 1. Keselesaan masih menjadi keutamaan kepada pemakai. Pilih saiz selendang yang sesuai dengan ketinggian sehingga labuh melindungi paras dada
  • 2. Lepaskan bahagian belakang shawl
  • 3. Pinkan bahagian A sehingga menutupi dada
selendang plain panjang
  • 4. Bawa bahagian B ke atas kepala
  • 5. Kemaskan dan dan pinkan mengikut keselesaan masing masing
shawl labuh plain cantik
  • 6. Longgarkan bahagian C. Tarik bahagian C ke belakang hingga kemas. Pinkan serkup dalam selendang
  • 7. Gunakan kerongsang yang lebih besar untuk menetapkan kedudukan shawl
awning tudung lembut
  • 9. Kemasan terakhir, pinkan dan kemaskan bahagian selendang yang berkumpul di bahu kanan dan kiri
kemaskan tudung dengan pin



Ok, gambar di bawah ni ulang kaji pakai selendang berbeza.
contoh tutorial tudung korean silk

contoh tutorial tudung korean silk

awning memudahkan kerja

kemas dan sopan selendang wide

Tamat sudah tutorial yang mudah ini, yang bestnya boleh gantikan dengan fesyen selendang berbeza dengan cara pakai yang sama.

Selamat mencuba. Sekiranya tuan puan berminat menempah dan membeli selendang labuh dan tudung berkualiti



SMS WHATSAPP Mazni di 0192653791

No comments:

Post a Comment